Saturday, 7 April 2012

Permulaan seorang blogger ...

Aku baru nak berjinak-jinak dengan blog ni so mesti ada banyak kekurangan yang tidak aku sedari..Buat permulaan ni aku nak cerita tentang diri aku dulu. 
Aku seorang yang tipikal tapi begitu obses dengan sejarah Melayu Melaka dan Kesultanannya. Walaupun umur aku tidak menunjukkan yang aku ni pakcik-pakcik tetapi minat aku pada sejarah Melayu Melaka mengatasi semua itu..Entahlah minat ini tiba-tiba saja muncul dalam hati aku selepas aku melawat muzium berbentuk replika istana Kesultanan Melayu Melaka di Bandar Hilir Melaka beberapa tahun yang lepas. Macam ada tarikan di sana yang membuatkan hati aku terus terpukau dan akhirnya minat dan seterusya menjadi obses dengan sejarah Melaka.